Wednesday, May 27, 2009

Corat coret perjalanan ku dlm dunia photography perkahwinan

Photography perkahwinan ada salah satu cabang dalam aktiviti photography dimana kita bergerak mengikuti keadaan semasa dan situasi keadaan untuk 'menangkap' gambar sesuatu yang boleh dijadikan sebagai kenangan pada masa akan datang. Kegiatan atau aktiviti ini merupakan sesuatu perkerjaan yang agak ekstrem dimana aku sendiri terpaksa bekerja keras dari segi mental dan fizikal untuk mendapatkan gambar-gambar yang menarik. Kepenatan?, sudah tentu! itu lah terpaksa aku tanggung dari awal aku terjebak kegiatan ini. Sakit-sakit badan? jangan cakap lah. Makan lah panadol active fast. Walaubagaimanapun, aku puas. kadang-kadang gambar yang kita dapat ambil itu hanya sekali je peluang yang datang. Lepas tu plak bila tengok satu-satu gambar tu kita akan tahu klimaks keseronokan aktiviti ini.

Photography perkahwinan bukan satu majlis yang senang dan mudah untuk diambil. Aku tidak akan dapat untuk mengulangi sesuatu perkara itu banyak kali. Kalau aku pergi ke 2 majlis perkahwinan sudah tentu akan menghadapi perbezaan suasana. Suasana sentiasa berubah-ubah dari segi cuaca, pakaian, masa, tempat, sorotan lampu, hujan, panas, siang, malam, dan paling utama adalah orang. Semua itu aku kena fikir. aku kena bersedia dan pandai bermain dengan apa yang muncul di depan mata.

Dalam dunia Photography perkahwinan terdapat pelbagai cabaran dan juga pulangan dalam diri seseorang iaitu aku. Aku sanggup meluangkan masa berjam-jam, kadang-kadang 1 atau 2 hari atau di hujung minggu yang sepatutnya aku berehat setelah setiap hari bekerja di bukan syarikat milik aku. Tetapi untuk apa? Semua ini adalah untuk memberikan aku satu kepuasan dan juga merasai kepayahan untuk mendapatkan pulangan kepada hasil titik peluh sendiri dan paling utama adalah pengalaman yang mana tahu mungkin berguna kepada aku satu hari nanti. Kepuasan utama pengantin adalah kunci kepada kepuasan aku sebagai jurukamera pengantin. Aku akan tersenyum puas bila aku dapat duit setelah pengantin terima hasil kerja aku dengan senyuman. Apabila sesuatu perkara itu tamat, aku akan lebih bersedia dengan tawaran akan datang.

Pernah aku bersembang dengan sahabat aku yang sekarang ni merupakan jurugambar sepenuh masa, "Jikalau hendak tahu kita ini boleh mempunyai perniagaan sendiri, photography adalah pilihan kerana seseorang itu akan cuba memajukan diri sendiri untuk kepuasan sendiri dan pelanggan". Betul juga, sebab aku kena uruskan semua dari segi, pemasaran, promosi, bertemu pelanggan, kena pandai menjawab dengan tertib tanpa menyinggung perasaan, kena luang kan masa walaupun majlis itu jauh, kena tahu 'menjadikan' diri menjadi sebahagian keluarga pengantin, dan sebagainya.

Pemilihan kamera,
Aku tidak mempunyai kamera yang hebat-hebat. Apa yang penting aku cuba kena tahu perkara-perkara asas dulu. Kalau kamera mahal sampai berpuluh-puluh ribu tapi 'Shutter', 'Aperture' dan sebagainya tak tau pun tak leh juga. Kamera merupakan alat yang paling rapat dengan photography. Bagi aku, jenis kamera atau siri tak lah utama, apa yang lebih penting adalah pengetahuan terhadap alat yang kita guna tu sendiri. Kalau dapat yang kamera yang hebat siapa yang tak nak? Aku mestilah nak, tetapi apa aku nak sampaikan adalah asas adalah perlu di utamakan. kalau dapat kamera, lens, atau lain yang hebat merupakan satu bonus kepada aktiviti ini. Nak ambil gambar memang senang tetapi nak mengambil gambar cantik memang susah (ini adalah ayat kawan aku yang selalu aku fikirkan).

Atitude dan personaliti.
Salah satu perkara yang perlu aku ada adalah atitude dan personaliti. Aku perlu menjadi sebahagian kepada majlis itu. Aku perlu untuk menjadi lebih ramah dan sabar. Bukan bermaksud menjadi tidak tahu malu. Lebih tepat lagi adalah menjadi 'Profesional'. Orang akan melihat dan menilai diri aku kerana pekerjaan aku adalah memberi perkhidmatan sebaik-baiknya. Biasalah, kadang-kadang orang akan menegur dan memberi komen-komen yang kurang enak kepada kita yang melibatan photography ini. Tetapi aku tidak boleh melatah. Kena tetap 'cool'. Dari mula aku terjebak dengan aktiviti ini, aku sudah tahu apa akan aku alami. Kalau aku tidak suka, aku perlu mengubah emosi aku serta merta. Sentiasa memberi senyuman. Kalau aku tidak boleh terima keadaan ini, bermakna aku tak perlu terjebak lebih dalam aktiviti ini. Ini bermakna, pekerjaan ini tidak sesuai dengan aku. Tetapi aku bernasib baik. Aku boleh mengawal perasaan. Bekerja dengan tekanan memang tidak elok, tetapi bagi aku adalah satu bonus untuk aku lebih mudah untuk mengawal perasaan amarah ini dan mengetahui kelemahan diri sendiri.

Pengetahuan.
pengetahuan tentang perjalanan sesuatu majlis perkahwinan adalah utama. Aku perlu tahu apa yang akan berlaku dalam majlis perkahwinan itu. Menemuramah pengantin adalah mesti untuk mendapatkan gambaran yang jelas. Aku perlu meningkatkan skill dan pemahaman dalam menangkap gambar. Aku kena ambil tahu kebarangkalian yang terjadi dan suasana. Photographer yang baik adalah mengabadikan sesuatu perkara itu menjadi kenangan dalam bentuk gambar yang berisikan seribu satu penceritaan yang dilalui oleh pengantin pada majlis itu.

bersambung........