Dalam bidang photography ini, Memang banyak kena sabar. Salah satu nye kata-kata orang. bukan nye tidak boleh terima pandangan atau kritikan, tetapi seperti apa yang prinsip yang selama ini aku pegang. Yang baik kita amik, Yang tak baik jangan pulak kita amik. Kalau ade teguran yang baik, aku boleh terima lah tapi kadang-kadang aku lihat jugak latar belakang die macam mana, boleh pakai ke tak, jangan jadi macam sesetengah tu, cakap berapi-api tapi takda yang boleh di bangga kan. Ade otak boleh fikir mcm tag line Nabil..'Lu pikir lah sendiri!". Aku terbaca satu email dari rakan aku. Macam menarik (bagi aku lah). Sebab di sekeliling kita ni ramai benar yang menegur konon-konon nak membaiki kita tetapi sebenarnya banyak yang nak jatuh kan semangat kita, membuat kita rasa 'down' dengan apa usaha selama ni tak berguna. Berbanding pula dari orang yang menegur memang ikhlas nak bangkit kan semangat kita. Semua ni aku lihat dari cara penyampai kata-kata seseorang. Aku pun kena belajar gak cara tegur menegur ni. Jangan sampai jadi orang menyampah dengan kita. Nak menegur tu boleh tapi jangan sampai kondem kan seseorang tu. Tegur dengan 'Kondem' banyak perbezaan nye. Nak tau? Cuba cari sendiri. Kalau aku tegur tak boleh terima pulak!!
Aku nak kongsi lah cerita kanak-kanak Ribena yang dapat daripada member aku. (tak sangka, member aku suka baca cerita-cerita macam ni, tapi bagus jugak. Ada isi tersirat)
Pada suatu hari, ada sekumpulan katak-katak kecil yang berlumba-lumba. Tujuannya adalah mencapai puncak sebuah menara yang sangat tinggi. Penonton berkumpul bersama mengelilingi menara untuk menyaksikan perlumbaan dan memberi semangat kepada para penonton. Perlumbaan pun di mulakan.
Secara jujurnya, tak satu pun penonton benar-benar percaya bahawa katak-katak kecil akan boleh berjaya mencapai puncak menara. Terdengar ada yang berkata, "Oh, jalannya terlalu susah!! Mereka tidak akan boleh sampai ke puncak!!" atau "tidak ada kesempatan untuk berjaya. Menaranya terlalu tinggi!!".
Katak-katak kecil mulai berjatuhan satu persatu. Kecuali mereka yang tetap bersemangat menaiki menara perlahan-lahan yang semakin tinggi. Penonton terus bersorak. "Terlalu susah! Tak seekor pun akan berjaya!" Lebih banyak lagi katak kecil penat dan menyerah. Tetapi ada satu tetap melangkah hingga semakin tinggi dan tinggi. Dia tidak mahu menyerah kalah. Akhirnya katak-katak kecil yang lain telah menyerah kalah. Ada seekor katak kecil terus berusaha keras dan menjadi satu-satunya katak yang berjaya sampai ke puncak. Semua katak ingin tahu bagaimana katak ini boleh melakukan? Penonton pun bertanya, Bagaiman katak kecil yang berjaya itu boleh mempunyai kekuatan untuk mencapai matlamat dan tujuan? Ternyata, katak yang menjadi pemenang itu adalah PEKAK!
Nasihat dari cerita ini adalah jangan sesekali mendengar kata orang lain yang mempunyai kecenderungan negatif atau pesimis kerana mereka akan mengambil sebahagian besar mimpimu dan menjauhkan darimu. Selalu lah fikir kata-kata bertuah yang ada kerana segala sesuatu yang anda dengar dan baca boleh mempengaruhi pemikiran mu. Kerana itu, selalu lah tetap positif dengan kata lain, bersikap PEKAK jika ada orang yang mengatakan bahawa anda tidak boleh capai cita-cita. Selalu lah fikir........I CAN DO THIS!!
Renung-renungkan dan selamat beramal............
p/s, jangan pulak nak jadi katak betul2..:)
Thursday, June 4, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment