Monday, June 1, 2009

Mencari identiti dan stail

Mula-mula masa aku awal terlibat dalam dunia photography perkahwinan, aku tertanya-tanya pada diri sendiri. Apakah Identiti aku? Apakah stail gambar aku? Aku agak bertuah sebab keliling aku banyak sumber-sumber dan photographer yang banyak membantu aku sekali gus menjadi mentor. Walaupun tak rasmi tapi sedikit sebanyak aku dapat belajar dalam selok belok bidang ini. Kadang-kadang aku tak dapat menetapkan stail gambar aku sebab setiap photogrpaher ada banyak stail dan identiti. Kalau hanya sekadar melihat contoh-contoh gambar dari buku-buku, majalah, album kahwin dan sebagai nya tidak banyak membantu membina identiti sendiri. Jadi, bagi aku adalah sebaik-baiknya cuba mengikuti seberapa banyak majlis dan photographer yang sudi mengajak aku (take a long) kerana dengan cara itu dapat membantu mempercepatkan lagi pembelajaran dan sambil mencari-cari stail dan identiti yang sesuai dengan aku. Jadi, aku menasihatkan sesiapa yang berminat menceburi bidang ini untuk cuba mendekati photographer-photographer yang banyak pengalaman dan bekerja dengan mereka kerana adalah cara pembelajaran yang cepat dalam perniagaan ini sambil melihat kelemahan diri sendiri.

Selama ini aku menangkap gambar dengan pelbagai sudut dan style. Bahasa mudah nye ialah kepelbagaian stail dan identiti. Jangan sesekali memberitahu pelanggan yang kita boleh menangkap gambar mengikut kemahuan pelanggan. Biar kita tentukan stail gambar dengan berpandukan ciri-ciri kehendak pengguna. Tak semua pelanggan menyukai apa yang aku tangkap tetapi adalah tugas aku untuk memberi hasil yang dapat dihayati oleh pelanggan apabila sudah siap sesuatu album itu. Sekurang-kurangnya, setiap gambar yang di ambil dapat di fahami dan dihayati apa yang berlaku ketika itu.

1 comment: